Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Resepi Cinnamon Roll

Assalamualaikum
Hari ni rasa nak buat cinnamon roll untuk breakfirst
Resepi kat bawah ni di ambil dari AllRecipes.com-Ninety Minute Cinnamon Roll.


Oleh kerana saya menggunakan bread machine, sukatan dia saya ubah sedikit.Di bawah ini resepi yang telah saya modify.









BAHAN-BAHAN

150 ml susu segar
1/4  cawan butter
350 gm tepung gandum atau tepung roti
1/2 sudu kecil instant yeast-saya guna mauripan sbb berkualiti, pernah guna brand nona tapi yis dia mati
1/4 cawan gula perang atau putih
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur

FILLING
1 cawan gula perang
1 cawan butter
Serbuk kayu manis secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan susu segar bersama butter menggunakan api yang kecil sehingga butter cair. Sejukkan sehingga suam-suam kuku
2.Masukkan susu dan butter,  telur, tepung, garam, gula dan yis. (Kalau menggunakan bread machine mesti mengikut susunan ini).
3.Uli sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan. Saya menggunakan mode Dough pada bread machine dan mengambil masa sejam untuk uli dan biarkan ia naik.
4. Kemudian biarkan sehingga doh naik selama 30 minit.
5. Panaskan ketuhar suhu 180'c
6. Cairkan sedikit mentega dan gaul dengan gula perang dan cinnamon untuk filling.
7. Canai doh empat segi.
8.Kemudian sapukan filling tadi.
9. Gulung doh dan potong bahagian tengah dulu untuk mendapatkan saiz sekata.
10. Susun dalam dulang dan bakar selama 15-20 minit.

SELAMAT MENCUBA :D



Read More »

Monday, May 23, 2016

Resepi Cheese Tart

Resepi cheese tart ini di ambil dari blog Azlita Masam Manis

Bagi penggemar cheese tart apa kata cuba resepi ni
Bagi saya untuk buat cheese filling tu tak sesusah dan seletih buat pastri nya..hehe
Dulu saya penah buat shell sendiri, lenguh tangan dok menenyeh satu-satu dalam acuan yang kecik-kecik.
Dah la kecik-kecik, berpinar jugak la mata tua ni :D


Tapi sekarang Alhamdulillah dah ada jual pastri siap kat kedai
Beli je kat kedai, so tak payah susah-susah tenyeh sendiri ..kikikik


Ini resepi untuk cheese filling versi saya sendiri
;P

CHEESE TART
40 keping pastri
500 gm cream cheese-saya guna brand Tatura
100 gm gula castor
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji oren sunkist-ambil jusnya
Sedikit parutan kulit oren sunkist

CARA-CARA MEMBUAT
1.Keluarkan cheese dan telur dari peti ais dan biar pada suhu bilik.
2.Masukkan cheese dalam mixer dan pukul supaya kembang. Masukkan gula castor dan pukul lagi. Kemudian masukkan esen vanilla, jus oren dan parutan kulit oren.
3.Pukul lagi selama 2-3 minit.
4. Bila dah siap, dah boleh masukkan filling ke dalam shell.
5. Bakar tart pada suhu 170'c selama 20 minit bergantung pada oven sehingga cheese keras. Kalo nak tahu masak ke tak, cuba sentuh filling tu, kalo tak melekat, maknanya dah masak lah tu.


*Kalo terlebih masak cheese akan hangus sedikit dan kadang merekah. Kalo tak cukup masak, lembapan dari cheese akan menyebabkan shell jadi lembik dan mudah hancur.

Cheese tart yang sedang elok
Pasal takde mixer, saya kacau dengan senduk aje



Cheese tart terlebih masak, jadi merekah

Read More »

Saturday, December 19, 2015

Stuffed Portobello Mushroom


Stuffed Portobello Mushroom




Assalamualaikum..
You all semua buat apa hujung minggu ni?
Kalau takde buat apa2 jom try resepi sihat ni.
Resepi ni tiada perasa atau pewarna tiruan,
Semua yang asli :D
Sesuai untuk mereka yang nak diet :D


STUFFED PORTOBELLO MUSHROOM



  • 2 keping cendawan portobello atau cendawan shitake yang besar-saya suka portobello sebab bau dia tidak sekuat shitake
  • 5 biji Cherry tomato
  • 1 mangkuk isi ayam
  • Serbuk lada hitam kasar
  • Serbuk lada putih
  • Sedikit garam kasar
  • Mozarella cheese atau apa2 cheese kesukaan -saya guna Beqa Cheese)
  • Minyak zaitun-untuk membakar dan perap inti ayam
  • Asparagus-kuantiti mengikut selera anda


CARA-CARA MEMBUAT



  1. Bersihkan cendawan portobello. Buang tangkainya. Lap sehingga kering.
  2. Letak cendawan dalam loyang dalam keadaan telangkup dan tuang minyak zaitun secukupnya ke atas cendawan. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas cendawan kemudian bakar pada suhu 190'c selama 5-7 minit atau sehingga isi dalam cendawan tadi lembut.
  3. Sementara menunggu cendawan masak, gaulkan isi ayam dengan minyak zaitun, cheese, garam dan lada hitam.
  4. Potong cherry tomato kepada 2 atau 3 hiris.
  5. Apabila cendawan sudah masak, keluarkan dari oven dan masukkan inti ayam yang telah diperap tadi. Susun cherry tomato dan tabur cheese di atasnya.
  6. Letak asparagus bersama cendawan tadi dan tuangkan minyak zaitun bersama-sama sedikit garam dan lada hitam.
  7. Bakar semula selama 5 minit atau masak.

* Saya guna montreal steak seasoning, dalam tu dah ada kosher salt dan lada hitam
* Asparagus tidak perlu dibakar lama, memadai 2-3 minit. Keluarkan asaparagus yang telah masak terlebih dahulu, barulah sambung bakar semula cendawan. Tak pun, grill aje asparagus tu kat kuali.
*Semua bahan-bahan ni saya beli di pasaraya Aeon Big, modal tak mahal pun dalam 15 ringgit aje.

Selamat mencuba :D



Bahan-bahan utama

Sudah dibuang tangkai


Telangkupkan atas dulang pembakar


Tuangkan minyak zaitun secukupnya
Bakar sehingga cheese mencair dan tomato layu
Dah siap


Jom makan :)



Read More »

Wednesday, September 30, 2015

Resepi Fajitas

First time makan Fajitas kat restoran Chili's
Dulu tak tau pun ape benda fajitas ni..bunyi ala-ala mexico..
Kepada yang masih belum tau, termasuk diri sendiri yang baru sekejap tadi google..heheheh..kat bawah ni info tentang Fajita


A fajita is a term found in Tex-Mex cuisine, commonly referring to any grilled meat usually served as a taco on a flour or corn tortilla. The term originally referred to the cut of beef used in the dish which is known as skirt steak

Ni resepi fajitas saya yang tak berapa lengkap sebab tak ada daging, tortilla, sour cream, dan macam2 mak nenek lagi...hehehe





Steak seasoning yang saya guna


RESEPI MUSHROOM FAJITAS

BAHAN-BAHAN
1 tin straw mushroom-dihiris 
1 tin button mushroom-dihiris
1 biji capsicum- dipotong memanjang
1 labu bawang besar-di potong bulat atau panjang
Steak seasoning-saya guna jenama Mc Cormick
Stock ayam maggi
Sour cream
Avocado slice-blend atau potong nipis
Tortilla

* saya gunakan api yang besar semasa memasak fajita ni. Kalau ada pan yang heavy bottom lagi bagus.

CARA-CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang besar sehingga naik bau menggunakan api yang besar. 
2.Apabila bawang sudah garing dan naik bau, masukkan mushroom
3.Perasakan dengan steak seasoning, stock ayam dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan capsicum.
5.Masak sehingga sedikit hangus tetapi jangan hangit pulak :D
6. Kemudian angkat dan sesuai dimakan dengan tortilla, letak sour cream dan blended avocado lagi ngam rasanya. Tapi saya suka avocado yg potong nipis. Nak makan dengan nasi pun boleh.


*Kalau anda guna daging, perap daging dengan steak seasoning dulu, lepas tumis bawang, masukkan daging dan masak sampai hangus sikit la, ala2 sate gitu.


Selamat mencuba !


Read More »

Thursday, May 14, 2015

Butter Prawn

Assalamualaikum
Apa khabar?
Kali ni nak kongsi resepi Butter Prawn atau Udang Goreng Mentega
Butter prawn ni kalau nak makan kat restoran Thai lah ada
Tapi kalo buat sendiri lagi sedap dan jimat
Apa bezanya resepi saya dengan resepi orang lain?
Bezanya saya dah banyak kali cuba, yang buat kelmarin je baru betul-betul jadi




Bahan-bahan
1 pinggan udang harimau - nak guna udang sederhana, udang kertas, udang galah, udang kecik pun boleh
                                                        - kuantiti udang bergantung kepada anda, saya letak satu pinggan utk balance kan                                                                     dengan 3 biji kuning telur
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
3 helai daun limau purut  - disebabkan takde daun kari, saya ganti dengan daun limau purut, tapi bau dia kurang                                                             naik
3 biji kuning telur
1 senduk kecil susu cair
1 senduk kecil mentega
1 senduk kecil minyak masak


Cara-cara membuat
1. Perap udang dengan garam dan lada sulah secukup rasa lebih kurang 20 minit
2. Kemudian goreng udang secara deep fry sehingga kulit udang garing, anggaran 5 minit. Angkat dan tos kan.
3. Tumis bawang putih, daun limau purut dan cili sehingga naik bau. Kemudian masukkan semula udang yang telah digoreng dan juga susu cair.
4. Kacau sekejap dan angkat.

Cara membuat egg floss
1.Panaskan minyak masak pada api sederhana, bila sudah agak panas, masukkan mentega. kacau membulat menggunakan dasar senduk sehingga mentega cair.

2. Apabila mentega telah cair, tuangkan perlahan-lahan kuning telur pada kedudukan tinggi dan kacau membulat dengan laju dengan dasar senduk. Bila kita kacau-kacau tu lama-lama dia akan jadi bertali-tali macam floss gitu.

3. Bila dah berbuih, kacau macam biasa sehingga telur garing, angkat dan toskan. Lapik dengan tisu untuk menyerap minyak berlebihan.

4. Tekan-tekan tisu pada telur. Bila minyak dah kering masukkan gula dan garam secukup rasa kemudian gaul.

Cara menghidang
Taburkan egg floss kat atas udang dan hidangkan

Cara makan
Yang ni pun nak kena bagitau jugak ke..hihihihi



*Nota- Udang tu kalau nak tumis sekali dengan bawang putih, cili dan daun limau purut pun boleh jugak. Saya deep fry sbb kulit udang harimau keras, so nak bagi dia garing.

Butter prawn ni sangat banyak minyak, so tak boleh makan selalu :)

Resepi ini saya ambik dari youtube tapi dah lupa URL dia.

Dulu saya ikut resepi kat mana ntah, egg floss tak jadi sbb dia campur susu dalam telur. So telur jadi lembik, tak garing.


Read More »

Thursday, December 25, 2014

Resepi Cadbury Buttercake oleh Namee Roslan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Alhamdulillah, tiba lagi hari Jumaat penuh barakah..
Jumaat terakhir untuk tahun 2014..
Selepas ni masih adakah lagi kesempatan..
Untuk bertemu Jumaat hadapan..
Minggu hadapan..
Bulan hadapan..
Tahun hadapan..
Tidak ada sesiapa yang boleh memberikan jaminan..
Usia kita milik Allah..
Hanya kepada DIA lah kita berserah
Walau hidup walau MATI


Hari ni nak kongsikan resepi Cadbury Buttercake
Resepi asal dari Nameera, blogger yang cun tu :)
Klik di sini untuk resepi asal
Credit tu Namee untuk resepi simple yang sangat SEDAP nih :D

Cadbury Buttercake




Melted coklat..nyum nyum :P




Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
225 gm butter ( 1 buku) - saya guna butter Anchor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 bar coklat Cadbury plain

Cara-cara membuat
1.Butter dan telur mesti di biarkan pada suhu bilik, yakni keluarkan terlebih dahulu
2.Bila butter dah lembut, masukkan dalam bekas bersama-sama gula.
3.Pukul gula dan butter sehingga berkrim. Nak guna tangan boleh, mixer pun boleh. Saya guna mixer
4.Bila dah berkrim, masukkan telur.
5.Bila dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, kacau dengan senduk
6.Kemudian, masukkan esen vanilla.
7.Tuang satu layer di dasar loyang.
8.Letakkan coklat cadbury, saya potong ikut petak-petak dia dan susun
9.Letakkan kesemua adunan kek kat atas coklat tadi.
10. Bakar dalam oven pada suhu 170 ' c atau kalau ada oven yg dah preset tu lagi senang, tekan je button Cake.
11. Bakar lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.

Tips
*jangan over beat butter dengan gula, nanti naik minyak, kek jadi keras
*panaskan oven terlebih dahulu supaya bila bakar kek tu dia tak mendap
*sukatan gula ikut citarasa masing-masing, tapi kurangkan gula itu lebih baik, lagipun coklat Cadbury kan dah manis


Selamat mencuba!
Terima kasih kerana sudi membaca :D
Read More »

Wednesday, December 10, 2014

Pizza Sosej



Pizza lah antara makanan kegemaran saya
Pertama kali makan adalah Shakey's Pizza
Tekak saya memang lalu sangat dengan Pizza ni..hehe

Pertama kali cuba buat pizza pada tahun 2004, masa tu anak sulung baru umurnya setahun
Dan masa tu kan sebab baru pindah rumah sewa, oven pun baru beli, pendek kata semua baru, semangat yang baru pun terkobar-kobar lah jugak..hehe

First time buat, inti ok, tapi base dia,..fail TT
Jenuh la mencari resepi dan teknik-teknik untuk buat base ni
Boleh je nak beli yang frozen/ instant, tapi sorry tu say, TAK SEDAP :(
Baik aku gi beli Pizza Hut!!

Ada dua part untuk hasilkan pizza yang lazat iaitu inti dan base

Bahan-bahan untuk base
300 gm tepung gandum
2 sb Olive oil
Sebiji telur
2 st yis
Secubit garam

Tips
*Sekiranya doh masih melekat, masukkan sedikit tepung

Bahan-bahan inti
Mozarella cheese
Sos spageti - saya guna prego
Chicken peperoni- saya ganti dengan sosej ayam yang dihiris nipis dan digoreng

Tips
*Untuk inti yang sedap, boleh ikut selera masing-masing. Boleh je experiment nak letak apa-apa pun :D


Cara-cara membuat

  1. Larutkan yis dalam air suam berisi 2 st gula. Biarkan seketika sehingga gelembung-gelembung kecil muncul
  2. Gaulkan tepung, garam dan baking powder
  3. Kemudian masukkan telur dan olive oil
  4. Uli sehingga sebati
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit
  6. Uli sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
  7. Rehatkan doh didalam bekas yang bertutup dengan cling wrap
  8. Letakkan bekas tersebut di kawasan yang hangat, saya letak sebelah periuk nasi, jadi wap panas tu dapat aktifkan aktiviti yis
  9. Bila doh dah naik 2 kali ganda, uli dan tumbuk tumbuk sekejap
  10. Canai doh mengikut ketebalan yang dingini. Untuk resepi ini, saya dapat hasilkan sekeping base bersaiz 12 inci setebal lebih kurang 1 cm setelah masak.
  11. Cucuk base dengan garpu dan bakar pada suhu 200' c selama 15 minit.
  12. Selepas 15 minit, keluarkan dari oven dan letak kan sos, sosej dan tabur cheese mozarella
  13. Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese keperangan








Read More »

Tuesday, December 9, 2014

Spicy Beef Pie


Cuti sekolah ni mood memasak berpusu-pusu datang
Hari-hari mesti fikir nak masak makanan best-best je untuk anak-anak
Anak saya yang no.2 memang memilih makan, kalo takde makanan kegemaran, rela dia makan Maggi tiap2 hari, lomah omak den macam ni TT

Antara resepi yang dicuba semalam ialah Spicy Beef Pie.
Rahsia pie yang sedap terletak pada pastrinya yang rapuh
Inti dia ni ikut sedap tekak kita lah.
Kalau ambik resepi mat saleh inti dia ni takde letak cili, so tak lah pedas
Kalau untuk tekak Melayu, tak sah kalau tak pedas, sikit pun mesti kena

Ada 2 part dalam pembuatan pai ini, iaitu pastri dan inti





Bahan-bahan pastri
400 gm tepung gandum
200 gm cold unsalted butter - saya guna Anchor
1/2 sudu teh garam
Air sejuk+ Ais
Sebiji telur untuk kemasan

Cara-cara membuatnya

  1. Masukkan tepung gandum dan garam halus, kemudian kacau
  2. Butter yang sejuk di potong kiub, diulang mesti guna butter yang sejuk tau.
  3. Masukkan butter ke dalam tepung dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau bread crumb. Kalau guna food processor lagi senang.
  4. Bila dah jadi breadcrumb, campurkan air ais sesudu demi sesudu.
  5. Setiap kali masukkan sesudu air, gaul dan uli sehingga tidak berderai menjadi doh
  6. Apabila telah dapat doh yang diingini, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk bahagian bawah dan atas pai, kalau tidak mahu pastri bahagian bawah boleh juga di letak atas je.
  7. Bulat kan doh dan tekan sehingga leper sedikit
  8. Kemudian balut dengan cling wrap dan sejukkan dalam peti ais selama sejam

Doh yang telah di uli
    Balut doh dengan cling wrap dan sejukkan
Sementara menunggu doh betul-betul sejuk dan set, boleh lah sediakan inti

Bahan-bahan inti

  1. 400 gm daging cincang
  2. 1 sudu besar rempah kari atau gulai daging
  3. Sedikit serbuk perasa
  4. 1/2 bawang besar di potong dadu
  5. 2 ulas bawang putih diketuk
  6. 1 biji cili merah
  7. 3 batang celeri
  8. Karot di potong dadu - saya tak letak sebab tak ada
  9. Tomato puri atau sos spageti
  10. 1/2 cawan bancuhan tepung jagung - letak 1 sudu bedar tepung jagung


Cara-cara membuatnya

  1. Daging cincang digaul dengan serbuk kari, garam, gula, bawang besar yang telah dicincang.
  2. Perap lebih kurang sejam
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  4. Masukkan cili dan celeri
  5. Apabila celeri sudah layu
  6. Masukkan sedikit air
  7. Masukkan daging cincang dan gaul sehingga daging masak
  8. Masukkan tomato puri atau sos spageti
  9. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sedikit lada sulah.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan inti daging tersebut.

Tumis, bawang besar, bawang putih dan cili

Masukkan celeri

Masukkan daging cincang bahan perasa dan kacau sampai masak



Penyediaan pastri
Untuk mendapatkan bentuk pai yang cantik, gunakan loyang khusus untuk pai. Saya guna loyang bulat untuk quich jenis loose bottom bersaiz 7 inci.


  1. Keluarkan doh, lumur papan canai dan kayu penggelek dengan tepung gandum supaya tidak melekat.
  2. Doh untuk bahagian bawah mesti dicanai sehingga saiz 2 inci lebih besar dari loyang ataupun sehingga ketebalan 0.5 cm. Agak tebal jugak, tapi jangan bimbang sebab nanti bila dah masuk loyang kita boleh tekan dan ratakan semula.
  3. Doh untuk bahagian atas di canai mengikut saiz loyang , kalau besar pun tidak mengapa kerana kita boleh potong.
  4. Pindah kan doh ke dalam loyang, tekan dan kemaskan bahagian tepi dan potong lebihan doh supaya lebih kemas. Cucuk dasar doh dengan garpu untuk mengelak gelembung.
  5. Doh bawah di bakar dahulu selama 20 minit pada suhu 190 darjah celcius
  6. Setelah siap di bakar, masukkan inti sehingga penuh
  7. Letakkan doh atas, dan kemaskan bahagian tepi
  8. Tekan tepi menggunakan garpu untuk lebih cantik dan kemas
  9. Jika terdapat lebihan doh, bolehlah di buat hiasan dan tampal atas doh tersebut.
  10. Akhir sekali, sapukan telur di atas doh tersebut.
  11. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 200 darjah celcius.

Doh yang telah disejukkan
Canai doh mengikut saiz yang sesuai
Letak dalam loyang, cucuk dasar dengan garpu dan bakar
Cucuk dasar dengan garpu dan bakar

Masukkan inti


Letak doh atas, dan kemaskan, gunakan creativity untuk hiasan. Cucuk doh supaya tidak gelembung
Kemudian sapu telur untuk kemasan.

Bakar dlm oven suhu 190' c, 25 minit atau sehingga keperangan


Read More »

Resepi Lasagna

Rasanya dah dekat tiga minggu nak post entri untuk resepi Lasagna..
Sebab kesuntukan masa, maka terperap ajelah dalam draft :D

Sebenarnya dah banyak kali buat lasagna, yang sebelum-sebelum ni tak excited nak post kat blog, sebab main belasah je

Kali ni special sikit sebab buat ikut step yang betul dan hasilnya pun sangat puas hati dan sedap :D

Lasagne


Bahan-bahan Asas
Kepingan lasagna - saya guna San Remo
Mozarella Cheese untuk tabur diatas lasagna
Sos daging - rujuk resepi di bawah
Sos putih - rujuk resepi di bawah

Bahan-bahan sos daging cincang
Bawang putih
400 gm daging cincang
Sos spageti Kimball
Gula dan garam
Serbuk perasa

Bahan-bahan sos keju
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
Parmesan Cheese
Cheesedale Cheddar Cheese

Cara-cara membuatnya

  1. Rendam kepingan lasagna dalam air suam panas dan campur sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat
  2. Sementara menunggu kepingan lasagna lembut, bolehlah sediakan sos daging dan sos keju


Cara-cara membuat sos daging

  1. Tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk menggunakan minyak zaitun
  2. Bila sudah naik bau, masukkan daging cincang
  3. Kacau sehingga daging masak
  4. Bila daging sudah masak, masukkan sos spageti Kimball
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga sos naik minyak, tapi tak perlu sehingga kering


Cara-cara membuat sos keju

  1. Panaskan mentega atas api yang sederhana
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
  3. Matikan api, dan masukkan susu segar. Kacau rata
  4. Buka semula api perlahan, masukkan keju cheesedale yang telah dicarikkan
  5. Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Boleh juga masukkan parsley flake jika suka.
  6. Tutup api dan kacau lagi, jika sos terlalu likat, boleh tambah air panas supaya cair sedikit.


Cara-cara menyusun dan membakar

  1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Sediakan loyang empat segi. Saya gunakan loyang bersaiz 9"x 9". Lengserkan dengan minyak zaitun.
  3. Letakkan lapisan sos daging, diikuti dengan sos keju dan kepingan lasagna. Pastikan sos tersebut melitupi sepenuhnya kepingan lasagna.
  4. Ulang lapisan tersebut sehingga habis.
  5. Lapisan paling atas saya tak letak kepingan lasagna tetapi di tabur dengan mozarella cheese.
  6. Apabila dah siap melapis-lapis, tutup lasagna dengan aluminium foil.
  7. Bakar selama 20 minit. Setelah dibakar 15 minit, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit. Ini adalah supaya lapisan keju garing dan keperang-perangan.


Nah dah siap pun.

Tips semasa memasak lasagna
*Rendam dulu kepingan lasagna sebelum dimasak supaya tidak keras, sebab kadang-kadang  
  mungkin sos kita tak cukup banyak moisture untuk melembutkan kepingan tersebut.
*Kalau nak rebus boleh, tapi jangan sampai lembik, agak-agak separuh masak je.
*Jangan letak terlalu banyak garam dalam sos keju, sebab keju kan dah masin
*Tutup dengan aluminium foil sebelum membakar untuk mengekalkan kelembapannya agar
  kepingan lasagna lembut dan masak sekata. Kalau nak lasagna anda sedap dan cantik, step yang ini
  tak boleh ingkar :D

SELAMAT MENCUBA :D




Read More »

Friday, July 4, 2014

Resepi Tradisi Keluarga Saya

Setelah entri yang sedikit emo semalam (T_T), jom kita balance kan balik dengan aura-aura positif hari ini.

Masak apa untuk berbuka hari ni?

Kalau takde idea nak masak apa, jom cuba turun temurun dari ibu saya. Rasanya dalam family saya aje tau resepi ni sebab bila tanya kawan2 daerah lain diorang tak penah dengar.

Hari ni nak ajar cara masak Daging Bakok.

Tak pernah dengar kan? Masakan ni berasal dari Kelantan. Kenapa Bakok, asal dari Bangkok ke? Yang ini tak dapat lah dipastikan dengan sepasti-pastinya, mungkin ada tempias jugak la, maklum la kami ni berjiran dengan Siam, hehe. Daging Bakok ni sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak atau roti/ roti canai.

Keistimewaan gulai ini ialah TAK PERLU GUNA REMPAH KARI / MASAKAN DAGING yang di beli.
Cuma guna rencah yang simple aje. Tanpa membuang masa jom, kita tengok resepi dia.


Daging Bakok


300 gram daging, di potong kiub besar-besar
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah(di mayang)
2 ulas bawang putih(di mayang)
1 st kas kas
1 st kunyit yang ditumbuk (kalau tak ada kunyit hidup, kunyit serbuk pun boleh)
1 st halia yang ditumbuk
2 sb air asam jawa
2 cawan santan cair rebus dgn daging
Gula melaka
Gula pasir
Garam


Cara-cara membuat

  1. Cili kering di goreng hingga garing. 
  2. Bawang merah di goreng hingga garing
  3. Bawang putih di goreng hingga garing. 
  4. Setelah semua bahan2 tadi garing, angkat dan tumbuk atau kisar. Tumbuk cili kering dahulu baru masukkan sekali bawang merah dan putih.
  5. Bila telah lumat, masukkan ia kedalam periuk bersama-sama daging, kas kas, kunyit, halia dan sedikit garam untuk bagi rasa masin sedikit pada daging..
  6. Tambahkan air ke dalam periuk dan rebus sehingga empuk anggaran dalam 40 minit bergantung pada jenis daging.
  7. Bila daging dan empuk, masukkan santan cair dan garam. Kacau lagi sehingga mula pekat, masukkan garam, gula, gula melaka dan air asam jawa secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan sedikit kering.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADAAAAA



EH EH SALAH GAMBAR PULAK (cute kan gambar putik tembikai kat atas tu ;D , ni pun sedap di celur makan dengan nasi panas dan cicah budu, hehe)

-
-
-
-
-
-
-



Ni le lebih kurangnya gambar masakan Daging Bakok. Kenapa lebih kurang? Pasal rupanya lebih kurang daging gulai kat atas ni le. Terpaksa pinjam gambar gulai daging Terengganu Chef Hanieliza kerana masa masak hari tu lupa ambik gambar, huhu. Nanti bila dah ada gambar kita masukkan semula K! Gambar dipinjam dari Blog Sensasi. Klik di sini.

SELAMAT MENCUBA :)
Read More »

Monday, June 16, 2014

Kenapa BerBlog?


Ada orang berblog untuk luahkan perasaan
Ada orang berblog untuk carik makan
Ada jugak untuk menjadikan blog ini sebagai cara menyampaikan nasihat
Yang jual barang pun berlambak-lambak
Dan macam-macam lagi tujuan

Tujuan utama blog Aku Dan Tulisan ni lebih kepada untuk menjadi Nota rujukan kepada saya diri saya sendiri.

Kadang-kadang ilham itu datang secara tiba-tiba, tengah drive sambil-sambil dengar radio IKIM, tengah mandi, sambil makan, sambil baca blog orang lain atau sambil tengok berita tv isu-isu semasa.

Ilham itu datang tidak menentu. Dan saya akan jadi sangat ralat kalau tak terjemahkan ia ke dalam bentuk penulisan. Rugi..sbb kadang-kadang apa yg kita dengar itu sangat menyentuh perasaan dan kita rasa sangat rugi kalau tak merakamkannya supaya kita selalu ingat.

Dan kita akan dapat BONUS bila ada mereka yang sudi membaca coretan di blog kita yang tak seberapa ini. Perasaan itu, agar biarlah mereka yang membaca blog ini mendapat manfaat. Setidak-tidaknya kalau ada yang mencuit hati, agar dapat menceriakan mood.

Pernah jugak terfikir nak buat ala-ala wasiat, hehe. Supaya bila kita dah takde kat dunia nanti, anak-anak boleh baca, dia akan faham isi hati mak dia, dia akan tau apa tersirat di lubuk hati mak dia ni, heheh.

So, berblog ni banyak manfaatnya, kita dapat asah kemahiran menulis. Baca lah blog-blog pelbagai untuk dapatkan idea, jangan baca blog merapu udah le ;D

Apa-apa sahaja topik yang sesuai, kalau takde idea nak menulis pun, itu jugak satu idea :)

Sesungguhnya mata pena itu, lebih tajam dari mata pedang, itu lah kuasa yang ada pada seorang penulis. hasil penulisan yang baik mampu meninggalkan kesan di hati pembaca.

Tak heran la kalau blogger terkenal mampu meraih follower sampai satu juta atau lebih. Hmm layankan aje lah dik non oii blog akak ni, ni pun sebenarnya takde idea, kekekeke.

Nah! Kat bawah ni ada resepi kebab sebagai ole-ole untuk korang yang sudi baca entri kali ni

KEBAB AYAM/ CHICKEN WRAPS


BAHAN-BAHAN
2-3 keping isi ayam
Sos lada hitam
Sos barbecue
Sos Cili
Mayonais
Lettuce
Cheese
Mission Wraps (saya suka guna perasa Garlic)

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Perapkan isi ayam bersama sos lada hitam dan sedikit sos barbecue. Agak-agak selera anda, kalau letak terlebih nanti terlalu masin. Ataupun boleh letak sos perap ayam Lee Kum Kee pun boleh jugak, ikut selera anda. Biarkan selama setengah jam.
  2.  Kemudian, sapukan sedikit minyak zaitun pada kuali dan grill isi ayam hingga masak.
  3. Bila dah masak, potong-potongkan isi ayam tersebut dan letakkan dalam wraps sebagai inti.
  4. Letakkan sedikit sos cili, mayonaise dan lettuce. Nak letak cheese pun boleh jugak.
  5. Kemudian lipatkan wraps supaya inti tidak terkeluar.
  6. Bakar semula wraps berisi ayam itu dalam kuali tanpa minyak.
  7. Bakar hingga garing, api kecik aje, nanti takut hangit.
  8. Bila dah garing, balikkan dengan berhati-hati untuk bakar yang sebelah lagi.
  9. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA ;D


Grill isi ayam hingga masak
Potong kecil-kecil
Letak inti atas wrap, letak sos cili dan mayonaise secukup rasa


Lipat dan bakar sehingga garing

Dah kena ngapp!!





Read More »